Isnin, Disember 01, 2014

Penting ke kad perubatan takaful?

Kalau tanya saya, memang saya kata penting. Sebab saya sudah lihat sendiri bagaimana orang sekelilinga saya terpaksa keluarkan duit simpanan beribu-ribu RM semata-mata untuk bayar bil rawatan.




Pengalaman ahli keluarga

Pengalaman yang paling tak boleh nak lupakan bila ibu sendiri yang terkena. Masa itu saya baru lagi jadi ejen takaful. Bukan calang-calang penyakit, kanser payudara,

Memang menyesal tak sudah masa itu. Ape tidaknye, cadang nak ambikkan untuk ibu sendiri satu polisi asas (tanpa kad perubatan) dengan manfaat penyakit kritikal.

Sudahnya tiada langsung pampasan penyakit kritikal, malah bil pembedahan dan rawatan semuanya terpaksa tanggung sendiri. Berapa duit yang habis? Untuk rawatan dan pembedahan selama 3 hari di hospital sudah RM10 ribu. Itu harga tahun 2007.

Memang kebetulan ada duit simpanan sendiri dan boleh guna. Jadi boleh terus ke hospital swasta. Kalau ke hospital kerajaan, prosedur dan birokrasi perlu ditempuhi. Makan masa berbulan-bulan untuk dapatkan tarikh pembedahan.

Bagaimana situasi ketika itu kalau ada takaful dan kad perubatan?

Bil hospital ditanggung sepenuhnya oleh takaful. Kita cuma perlu bayar deposit (akan dapat semula).
Dapat pampasan penyakit kritikal sekurang-kurangnya RM5 ribu. (biasanya 10 ribu dan ketas begantung pada bayaran kita pada pengendali takaful)
Dapat elaun wad (paling kurang RM50) untuk satu hari.

Semua manfaat itu saya dan ibu saya tak dapat langsung! Sebab tak ada takaful.

Bila dah kena penyakit kritikal baru nak ambik takaful, nak ambik kad perubatan, minta maaf banyak-banyak. Memang tak akan diterima.

Makcik sendiri

Sebelum ibu saya kena, adiknnye (makcik saye) pun kena juga kanser payudara. Sama juga kes tak ada perlindungan takaful.

Cuma bezanya dia dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Jadi lama dan agak leceh menunggu masa untuk pembedahan. Makan masa berbulan-bulan.

Tak ada duit pampasan. Semua kos tanggung sendiri. Cuma bil tak mahal kerana rawatan di hospital kerajaan.

Abang sendiri

Bukan abang saya yang sakit, tapi anak-anaknye. Terpaksa masuk wad berhari-hari sebab pneumonia.

Mujur ada takaful dan kad perubatan. Jadi boleh masuk ke hospital swasta dan bil ditanggung sepenuhnya oleh syarikat takaful. Tak ingat berapa jumlah bil. Tapi beribu-ribu RM juga buat tuntutan. Kalau bayar pakai duit sendiri memang bengkok jawabnya.

Anak sendiri

Apa nak buat. Nak dijadikan cerita anak sendiri pun sakit dan perlu masuk wad. Alhamdulillah sudah bersedia awal ambikkan takaful untuk mereka. Siapa sangka kan umur baru setahun dah kena masuk wad.

Sebelum ambik tu rasa macam berat juga. Ya lah sebab takaful + kad perubatan ni mahal sedikit. Mulanya ingat nak ambikkan takaful + rider yang biasa saje tanpa kad perubatan. RM100 pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak. Bila fikir balik apa yang dah jadi pada orang sekeliling, ambikkan juga kad perubatan.

Perancangan Allah kita tak tahu. Memang tak sangka guna juga kad tu walhal baru 5 bulan daftar. Kalau tak ambik dulu memang menyesal tak sudah.

Memang sedih anak sakit, cuma tak terasa terbeban sangat sebab tak perlu risaukan lagi bil rawatan yang kita kena bayar. Kalau tidak, sudahlah susah hati anak sakit, terpaksa cuti lagi, tambah lagi risau dan susah hati nak bayar bil hospital.



Hospital kerajaan kan ada.?

Betul. Memang kita ada pilihan hospital kerajaan yang lebih murah dan percuma bagi kakitangan awam.

Tapi cuba fikir berapa ramai orang yang tertumpu ke sana?
Berapa orang yang perlukan rawatan kecemasan setiap hari di hospital kerajaan?
Berapa orang yang perlu dapatkan rawatan di wad setiap hari?
Adakah kemudahan mencukupi untuk semua orang?
Adakah perkhidmatan terbaik diberikan pada setiap orang?
Adakah cukup kakitangan untuk menguruskan pesakit di sana?

Bukan nak kata doktor dan jururawat hospital kerajaan tak bagus. Tapi bila sudah ramai sangat tertumpu ke sana, jadi prosedur agak lambat dan senarai menunggu memang panjang. Hal kecemasan pun terpaksa orang beratur. Berkejar-kejar doktor menjalankan tugas.

Jadi apa salahnya kita tak bebankan lagi hospital kerajaan yang dah sedia sesak dengan pergi dapatkan rawatan di hospital dan klinik swasta.

Tapi pilihan di tangan masing-masing.

* saya bayar RM150 sebulan untuk seorang anak. Takaful + medic pro rider (kad perubatan). Cover bil 300k seumur hidup. Bilik satu malam RM150. Tiada co-takaful. Taklah tinggi mana pun cover, tapi cukuplah setakat ini untuk mereka.

* termasuk sama manfaat badal haji, wakaf Quran dan korban. Kalau nak manfaat yang ini, RM50 sebulan pun dah boleh.

SMS, Whatsapp 012-7682615. Quotation percuma!

Sabtu, November 29, 2014

Fungsi takaful yang sering disalah sangka?

Rasanya ramai dah tahu kan fungsi takaful. Sama dengan fungsi insurans yang memberikan perlindungan berbentuk kewangan berupa pampasan jika berlaku musibah.

Selain itu, para peserta juga dapat menyumbang amal kebaikan melalui tabarruk yang dilakukan. Ya, sebahagian caruman atau sumbangan bulanan kita pada takaful akan masuk ke akaun tabarruk. Begitu juga dengan peserta takaful yang lain. Jadi dana terkumpul dari akaun tabarruk ini yang akan digunakan untuk membayar tuntutan dan pampasan bagi peserta lain yang memerlukan.
Nampak macam ringan dan mudah, tapi ada pahala untuk kita sebab membantu orang lain di dalam kesusahan, walaupun orang yang kita tidak kenali.

Salah sangka.

Ramai orang tersalah sangka. Kita sangka menyertai takaful keluarga dan membayar sumbangan setiap bulan sama dengan menyimpan di bank, atau membuat pelaburan. Tidak berapa tepat mengharapkan keuntungan pelaburan berganda-ganda melalui takaful. Memang benar duit sumbangan bulanan itu akan dilaburkan dan peserta dapat menikmati dividen tahunan. Tapi bukan 100% duit sumbangan yang kita bayar pada takaful adalah milik kita.

Salah satu sebabnya ialah tolakan tabarruk yang telah disebutkan tadi. Beberapa tahun terawal, peratusan duit sumbangan bulanan yang akan masuk ke akaun tabarruk adalah tinggi. Bergantung pada pengendali takaful masing-masing. Malah ada syarikat yang memperuntukkan 100% sumbangan pada tahun pertama ke akaun tabarruk. 

Sebab itulah tak sesuai membandingkan takaful dengan simpanan dan pelaburan di tempat lain.

Kalau dikira dari segi untung, adalah lebih untung buat pelaburan dan simpanan di tempat lain. Malah simpan ditabung haji adalah lebih menguntungkan. Lagi utung kalau laburkan ke unit amanah.

Jadi kalau dah tak untung, kenapa ambik juga takaful?

Matlamat UTAMA takaful adalah untuk perlindungan. Bukan pelaburan dan simpanan. Ya memang betul jika polisi kita sudah matang, kita akan dapat sejumlah wang yang diperolehi dalam akaun kita termasuklah dividen sekali. Tapi bukan itu matlamat utamanya.

Kalau nak kira untung, memang tak untung masuk takaful ni.

Tapi

Tapi disaat kita ditimpa musibah yang tak disangka. Takaful ada untuk meringankan beban kewangan kita. Kita meninggal dunia. Waris kita memang sedih. Takaful akan bayar kepda waris kita sejumlah wang pampasan. Bukanlah pampasan itu sebagai nilai nyawa kita. Duit tak boleh ganti nyawa. Sekurang-kurangnya beban kewangan waris kita dapat diringankan.

Tiba-tiba lumpuh tak boleh bergerak. Hilang punca pendapatan. Kalau tak ada takaful, tak dapat pampasan. Terbeban kita dan keluarga kita. Mana nak cari duit nak sara keluarga? 

Sekali lagi, fokus kepada fungsi UTAMA takaful.

Nak untung-berganda-ganda, bukan melalui takaful.

Nak buat untung melalui takaful, jadi ejen takaful. Anda dapat komisyen hehe.

* saya sendiri sudah buat tuntutan melalui kad perubatan yang diambil. Siapa sangka anak sakit dan perlu rawatan hospital? Tak sampai setahun ambik, dah lebih RM 5 ribu tuntutan bil hospital, termasuk elaun wad dan bil rawatan sebelum masuk wad dan rawatan susulan.

Sabtu, September 24, 2011

Simpanan pendidikan: Unit Amanah vs Takaful Pendidikan

Bagi mereka yang sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil, pasti akan memikirkan tentang simpanan untuk pendidikan anak mereka.

Saham amanah (secara umum)
Pulangan yang tinggi
minimum RM 1000 untuk permulaan
Boleh tambah bila-bila mengikut kemampuan
Tetap ada dividen kalau tak tambah unit
Boleh dikeluarkan bila-bila masa
Boleh tarik diri bila-bila masa
Minimum tinggak\lkan RM1000 untuk akaun terus hidup
Tiada caruman/komitmen bayaran setiap bulan.
Tiada tempoh masa tertentu (tiada tempoh matang)
Pengeluaran tunai mengikut harga unit semasa. (jual masa harga tinggi, mesti untung!)

Takaful pendidikan
Komitmen bayaran setiap bulan/tahunan
Komitmen membayar hingga tempoh matang.
Kebiasaannya caruman takaful pendidkan bermula dari RM100 setiap bulan
Perlindungan berbentuk pampasan kematian kepada anak (peserta)
Bayaran caruman percuma hingga tempoh matang (tempoh mengikut persetujuan) jika kematian berlaku pada pembayar.
Kadar pulangan/dividen rendah berbanding unit amanah
Pengeluaran terhad (bergantung pada syarikat)
Jika berhenti sebelum tempoh matang, nilai wang yang diperolehi rendah.


Mana satu yang anda pilih?
Kalau saya, saya akan lebih mengutamakan takaful berbanding saham amanah, walaupun keuntungannya tidak banyak seperti unit amanah. Takaful memberi jaminan/perlindungan kepada anak kita (peserta) jika kita sebagai pembayar mengalami keillatan kekal atau mati. Hal ini tidak wujud bagi saham amanah.

Jika anda meninggal dunia, dan baru menyimpan slama 3 tahun (contoh) waris anda hanya mendapat simpanan dalam tempoh itu sahaja. Berlainan dengan takaful pendidikan, jika kita sebagai pembayar meninggal, syarikat takaful akan membayarkan caruman itu sehingga tempoh matang ( kebiasaan hingga anak berumur 18 tahun hingga 24 tahun). Ini sudah tentu lebih menjamin masa depan anak kita.

Namun jika mampu, kita boleh menyertai takaful pendidikan untuk anak-anak dan juga membeli saham amanah. Gabungan kedua-dua instrumen ini pasti dapat memaksimumkan lagi simpanan pendidikan yang dibuat.

Sudah mula buat simpanan pendidikan untuk anak-anak?

Jumaat, September 16, 2011

Siapa bayar hutang kita?


Situasi 1 (rekaan semata-mata)

Amit, umur 27 tahun, belum berkahwin. Menanggung hutang PTPTN RM25000. Sudah bekerja, gaji RM 2500. Ada kereta (masih ada hutang dengan bank RM 35000). Simpanan di tabung haji baru ada RM5000.

Satu hari, Amit meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Katakanlah, keluarga Amit dapat pampasan melalui polisi insuran kenderaan Amit. Tak banyak, mungkin sekitar RM5000.

Jadi Amit meninggalkan/mewariskan RM 5000 duit simpanan tabung haji dan RM 5000 pampasan kemalangan.

Tak ketinggalan hutang kereta RM 35000 da juga hutang PTPTN RM25000.

Waris dikehendaki menjelaskan hutang menggunakan harta si mati.

Hutang kereta ? Kalau waris nak pakai kereta, kena bayar ansuran bulanan. Kalau tidak, kereta ditarik. Tapi kira selamat, tiada hutang.

Jadi wang RM 10 000 dibayar pada PTPTN, masih ada hutang RM15 000. Siapa kena bayar? Penjamin kena bayar. Siapa penjamin? Biasa ibu dan ayah jadi penjamin.

Tambahan, Amit belum menunaikan Haji, kalau keluarganya mahu buatkan badal haji untuk dia, terlerailah bebanannya itu..Tapi, badal haji pun, kurang-kurang kena bayar RM 3000 hingga RM5000 juga....

Kesimpulan:
Amit meninggal dunia, dia meninggalkan hutang sebanyak RM15000 yang perlu dijelaskan oleh kedua ibu bapanya...Kasihan...

(ini baru kes orang bujang, belum lagi yang berhutang, tapi ada keluarga yang nak ditanggung)




Situasi Amit itu boleh diselamatkan sekiranya dia mengambil polisi insurans atau takaful keluarga.
Katakan Amit mencarum hanya RM 70 (contoh) setiap bulan dengan syarikat takaful, dia mendapat perlindungan pampasan kematian sebanyak RM 50 000.(contoh)

Atau Amit mengambil pelan takaful Personal Accident yang lebih murah (beberapa puluh ringgit setahun) dengan pampasan kematian RM 50 000.

Maksudnya jika Amit meninggal, syarikat takaful akan membayar RM 50 000 kepada waris Amit untuk diuruskan. Waris Amit boleh menggunakan wang pampasan itu untuk membayar hutang piutang Amit. Jika Amit tiada hutang, wang pampasan itu boleh dibahagikan mengikut sistem faraid.

Alhamdulillah selamat....meninggal dunia, ada hutang. Tapi ada sumber lain yang boleh bayar hutang kita.

Mari kita lihat situasi diri sendiri.
Ada hutang?
Berapa jenis hutang?
Berapa jumlah hutang?
Berapa nilai simpanan sekarang.
Duit untuk bayar hutang jika kita meninggal?

Mari kita buat persediaan..

p/s: ingat! Rasulullah tak mahu solatkan jenazah yang ada hutang...!

Isnin, Ogos 02, 2010

Pelan Murah Untuk Semua

Assalamualaikum.

Promosi pelan Takaful HLTMT beserta pelan badal Haji untuk peserta takaful.
Usahasama dengan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Sila klik untuk penjelasan.
PELAN INI SANGAT SESUAI BAGI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA.

Badal haji dilakukan jika peserta menghadapi keillatan kekal atau meninggal sebelum mengerjakan haji.
Pihak HLTMT akan mengambil hanya sejumlah RM2500 daripada manfaat yang diterima untuk diserahkan kepada Lembaga Tabung Haji.
Lembaga Tabung Haji akan menguruskan badal haji bagi pihak perserta.

Tidak perlu risau jika meninggal sebelum mengerjakan haji kerana urusan Badal Haji sudah terjamin.
Satu-satunya produk beserta badal haji di pasaran sekarang.

Sumbangan minimum serendah RM50 sebulan.
Sumbangan ini adalah sumbangan asas yang melndungi kematian dan keillatan kekal sahaja.
(tidak termasuk manfaat hospital, penyakit kritikal dan lain-lain)

Sumbangan boleh ditambah mengikut kerelaan peserta. (simpanan juga akan bertambah)
Tidak terhad untuk satu sijil untuk seorang.(seorang peserta boleh ada lebih daripada 1 sijil)
Tempoh perlindungan hingga umur 80 tahun.
Nilai simpanan dalam akaun boleh dikeluarkan.

Pelan terbuka untuk dewasa dan kanak-kanak.

Sesuai untuk perlindungan versi bajet (sangat murah)
Tabungan jangkamasa panjang + perlindungan risiko.

Hubungi Nik Agensi
ASM - Ridzuan Hashim 019-3839916
Agent - Nur Fauzi Bassar 012-7682615

Rabu, Februari 03, 2010

Kita tak perlu takaful????

Ramai di antara kita beranggapan bahawa kita tidak memerlukan pelan takaful. Lebih-lebih lagi mereka yang ketika ini mempunyai pendapatan yang stabil, hidup selesa dan yang paling penting SIHAT. Namun keputusan untuk tidak menyertai mana-mana pelan takaful ketika hidup selesa adalah satu kesilapan yang sangat-sangat besar.

Kita mungkin sahaja boleh menjadi mangsa seperti dalam gambar di bawah...


kemalangan bas ekspres..


Kemalangan semasa memandu...



Kenderaan mahal tidak terkecuali...


Siapa yang mahu menanggung perbelanjaan anak ini?


Kos rawatan meningkat. Dah sakit baru nak ambil takaful? Kirim salam.....tak akan diterima oleh mana-mana syarikat....

Tiada siapa yang boleh jamin. Kita sendiri tahu kita tidak akan sentiasa sihat.
Saat sebegini, takaful sangat memainkan peranan...
Bagi yang bersedia awal, Alhamdulillah ada manfaat dikemudian hari....

Takaful membantu di saat seperti ini

Meringankan beban. Mujur si ayah bersedia dahulu..

Menampung sedikit kos perubatan yang mahal..


Bukankah lebih baik kita bersedia awal?

Dengan pelan edisi "bajet rendah", sumbangan bermula serendah RM60 sebulan, anda memperolehi :

1. Perlindungan kematian keillatan kekal (pampasan)..Sehingga umur 80 tahun!
2. Elaun hospital. (ditahan di wad lebih 24 jam)
3. Simpanan untuk masa hadapan.
4. Perkhidmatan Badal Haji (kerjasama dengan Tabung Haji) - satu-satunya pelan yang menawarkan perkhidmatan ini.

Masih terlalu mahalkah??

Ahad, September 20, 2009

Badal Haji di HLTMT


Setakat ini HLTMT merupakan pengendali takaful pertama yang menawarkan badal haji bagi peserta yang menyertai pelan Takaful HLTMT i-save. Sila klik di sini.

Apa itu badal haji?

Badal haji ini ibadah Haji dilaksanakan untuk pihak orang lain. Badal haji dilakukan apabila seseorang itu tidak mampu (terlalu uzur) untuk mengerjakan haji ataupun telah mati (sebelum pergi menunaikan haji). Klik
sini untuk penjelasan.

Haji wajib ditunaikan oleh semua umat Islam yang berkemampuan kerana haji adalah rukun Islam yang ke lima. Sekiranya kita meninggal dunia sebelum menunaikan haji, harta peninggalan si mati perlu kita gunakan untuk melangsaikan hutang si mati. Hal ini termasuklah jika kita meninggal sebelum menunaikan haji. Kita dikira berhutang dengan Allah.

Sekiranya harta tersebut tidak mencukupi, waris kita perlu menjalankan ibadah itu bagi pihak kita. Perlu diingat juga belum tentu lagi waris kita berkemampuan melaksanakan haji untuk pihak kita. Walhal perkara itu dituntut.

Sekiranya peserta Takaful HLTMT meninggal dunia sebelum menunaikan haji, pihak HLTMT akan membayar sejumlah RM 2500 kepada Tabung Haji untuk melaksanakan haji bagi pihak peserta. Jumlah wang RM 2500 akan ditolak daripada manfaat atau pampasan yang diterima oleh peserta/waris. Oleh itu tuntutan haji ke atas peserta yang ditimpa musibah (mati) itu akan gugur kerana ada pihak yang menjalankan ibadah tersebut bagi pihaknya.

Ini adalah salah satu kelebihan yang terdapat di dalam pelan takaful keluarga yang ditawarkan oleh HLTMT, satu-satunya pengendali takaful yang menawarkan kemudahan seumpama ini. Anda boleh semak dengan pihak pengurusan tabung haji sendiri jika tidak mempercayainya.

Dengan HLTMT, keluarga anda dan diri keluarga anda akan dilindung.

Pelan takaful keluarga HLTMT boleh disertai dengan bayaran serendah RM 50 sebulan (RM 600) setahun. Satu jumlah yang kecil berbanding manfaat yang anda akan perolehi.

Sebarang pertanyaan berkenaan TAKAFUL, anda boleh hubungi nombor di side bar blog atau emelkan pertanyaan anda.


Sabtu, Ogos 22, 2009

Takaful Pendidikan (i-Grad)

Takaful juga menyediakan pelan untuk pendidikan anak-anak. Pelan seperti ini menawarkan perlindungan kepada anak-anak dan juga penyediaan dana pendidikan anak-anak.

Siapa yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan takaful pendidikan ini boleh disertai oleh kanak-kanak berumur 30 hari hingga 15 tahun.

Tempoh matang sehingga kanak-kanak berumur 19, 21, 23, atau 25 tahun.

Mengapa perlu takaful pendidikan?

Seperti kita, kanak-kanak juga memerlukan perlindungan. Selain itu, kanak-kanak juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan khasnya pendidikan di peringkat tinggi (ipta / ipts). Perbelanjaan peringkat tinggi seperti Diploma dan Ijazah pertama menelan belanja ribuan ringgit, malah berpuluh-puluh ribu. Jika persediaan tidak dilakukan sekarang, kita akan menghadapi kesulitan di kemudian hari.....Mana mampu kita hadirkan RM 10 ribu dalam sehari
(selain daripada meminjam dan mencuri).

Maka apa yang kita perlu buat ialah menabung menggunakan Takaful Pendidikan.

Mengapa perlu menabung menggunakan takaful pendidikan, walhal boleh sahaja kita menyimpan dengan menggunakan unit amanah atau simpan di dalam bank sahaja.



Pengecualian cukai

Takaful pendidikan mendapat pengecualian cukai sehingga RM 3000 setahun. Maksudnya RM3000 yang dibayar sebagai
sumbangan dalam takaful ini akan ditolak daripada jumlah pendapatan setahun.

Jika menyimpan di dalam unit trust atau bank, tiada pengecualian diberikan. Tanpa pengecualian itu, mungkin sahaja nama kita tersenarai antara insan yang perlu membayar cukai pendapatan.

Manfaat pembayar

Tentu sahaja pelan takaful menyediakan perlindungan kepada peserta (anak) bergantung kepada berapa jumlah yang dipersetujui. Malah jika berlaku kematian/keillatan kekal kepada kita,
Pengendali takaful akan membayarkan sumbangan untuk pihak kita sepanjang tempoh kontrak. Maksudnya tabungan terus berjalan tanpa kita perlu mengeluarkan duit!

Manfaat "kembali ke sekolah"

Peserta (anak anda) akan mendapat RM 100 setiap tahun pada awal tahun persekolahan. Manfaat ini berhak dinikmati setelah sijil berkuatkuasa selama setahun, bermula umur peserta 8 tahun hingga 18 tahun. Setakat ini, hanya pelan ini sahaja yang menawarkan manfaat sedemikian.

Manfaat Peperiksaan

Sekiranya peserta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, anak anda berhak mendapat hadiah saguhati berbentuk wang tunai daripada syarikat .

UPSR - RM 75 untuk setiap A (5 subjek)
PMR - RM 100 untuk setiap A (maksimum 8 subjek)
SPM - Rm 125 untuk setiap A (maksimum 10 subjek)
Diploma - RM 1 500 (CGPA 3.5 dan ke atas)
Sarjana muda - RM 2000 (CGPA 3.5 dan ke atas)

Kos pendidikan semakin lama-semakin mahal. Jika persediaan tidak dibuat, peluang untuk anak kita melanjutkan pelajaran mungkin tersekat kerana masalah kewangan. Memang kerajaan menyediakan pinjaman PTPTN tetapi perlu diingat itu adalah PINJAMAN yang perlu dibayar semula. Bukankah lebih elok jika kita tidak perlu mengambil pinjaman dan menambahkan hutang yang sudah sedia ada?

Menabung sekarang. Jangan bertangguh, jangan memberi alasan.

Pelan takaful i-save (Simpanan dan perlindungan)

klik gambar untuk lebih jelas

Dalam pelan ini, peserta akan dilindungi dan mempunyai nilai simpanan dalam masa yang sama. Lebih elok sekiranya kita mempunyai takaful terlebih dahulu sebelum kita menyertai pelaburan lain seperti pelaburan saham unit amanah. Memang pelaburan di unit amanah adalah lebih menguntungan kita. Namun begitu unit amanah tidak menyediakan pelan perlindungan kepada kita.

Justeru takaful adalah lebih utama daripada pelaburan dalam unit amanah.

klik gambar untuk lebih jelas

**jumlah yang ditunjukkan adalah contoh sahaja...Apabila kita membayar caruman contohnya RM100 kepada takaful, yang tersebut akan ditolak yuran wakalah dan juga tabarru'. Baki daripada tolakan itu yang akan menjadi milik kita.

Dalam jadual di atas telah di tunjukkan perbandingan menyimpan di unit amanah dan takaful. Sekiranya kematian berlaku pada (dalam rajah ditunjukkan pada bulan ke 12) kita akan mendapat nilai simpanan, keuntungan pelaburan dan juga WANG PAMPASAN daripada pengendali takaful.

Jika umur kita sekitar 20 an, kita boleh mendapat perlindungan sekitar
RM 40000. Satu jumlah yang agak banyak.

Jika kita menyimpan di unit amanah, kita hanya mendapat jumlah simpanan sahaja. Mungkin sahaja jumlah simpanan itu tidak cukup untuk melangsaikan hutang yang kita tinggalkan kepada waris kita. Walaupun nilai simpanan di dalam takaful tidak banyak seperti unit amanah, tetapi takaful memberikan perlindungan kewangan jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita. Kita menabung, tetapi dilindungi dalam masa yang sama.

Pelan seperti ini hanya ditawarkan oleh TAKAFUL / INSURANS sahaja!

Namun sebagai orang ISLAM, wajib bagi kita memilih takaful berbanding insurans.

Bukan bermaksud mempunyai unit amanah itu tidak bagus, tetapi adalah lebih elok jika kita mempunyai pelan takaful terlebih dahulu sebelum membeli unit amanah untuk tujuan pelaburan. Sebelum melabur, kita perlu pastikan diri kita dilindungi terlebih dahulu.

Tiada siapa boleh menjamin dia akan terus kekal sihat sepanjang masa. Hari ini seringkali kita lihat kematian berlaku di usia muda seperti kemalangan dan juga penyakit. Kita tidak boleh menjamin bahawa kita tidak akan ditimpa sebarang bencana.

Oleh itu dengan menyertai pelan takaful, sekurang-kurangnya kita bertindak dengan menyediakan perlindungan berbentuk kewangan kepada diri dan keluarga kita.

Cuba kira liabiliti yang anda ada sekarang ( belanja-belanja dan hutang). Adakah simpanan anda cukup untuk membiayai keluarga anda sekiranya anda telah tiada nanti (MATI)? Jika tidak cukup, menyertai pelan takaful adalah penyelesaiannya.

Caruman takaful boleh dibuat serendah RM50 sebulan....amat murah berbanding manfaat yang kita akan perolehi.

Pembayar akan mendapat pengecualian cukai sehingga RM 3000....

Untuk maklumat yang lebih terperinci dan tepat berkaitan caruman yang sesuai untuk umur anda, sila hubungi saya untuk medapatkan sebut harga.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Mengapa kita perlukan perlindungan (takaful)?

Mengapa kita semua perlukan takaful? Apakah pentingnya takaful sehingga ia perlu dimiliki oleh mereka yang berkemampuan?

Setiap orang mempunyai liabiliti (tanggungan/beban/hutang) yang tersendiri. Semua liabiliti itu boleh kita tanggung sekiranya kita memiliki badan yang sihat dan boleh bekerja.

Kita bekerja untuk memperolehi pendapatan. Pendapatan itu kita gunakan untuk menyara hidup kita. Bagi yang berkeluarga, pendapatan itu akan digunakan untuk menyara keluarga mereka. Dengan pendapatan yang diperolehi itu juga kita membayar untuk perkara lain seperti kereta, rumah, pendidikan, kiriman kepada ibu bapa dan banyak lagi....

Semua perkara itu memerlukan wang...Untuk mendapat wang kita perlu bekerja...Untuk bekerja kita mestilah mampu bekerja ataupun sihat.


Itu sekiranya kita sihat dan mampu bekerja...Bagamaimana jika kita sakit, tidak berupaya, lumpuh atau pun mati.....?

Siapa nak bayar ansuran kereta?

Siapa nak tanggung belanja keluarga?

Siapa nak bayar sewa rumah?

Siapa yang nak bayar yuran sekolah anak?

Siapa nak tanggung mak ayah?


Hutang kita yang banyak siapa yang tak tanggung?

seribu satu persolan lain yang tentunya membebankan akan timbul....


Bila sakit datang, kerja tak boleh dibuat. Bila tidak kerja, tiada pendapatan.....Tiada pendapatan, belanja yang lain turut tertunggak.....Bagaimana hendak dilunaskan semuanya jika kita sakit tak berupaya. Atau bagaimana waris hendak melunaskan semuanya sekiranya kita sudah mati? Keadaan ini akan menyusahkan orang di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan untuk keluarga.

Kereta ditarik.

Wang simpanan habis (untuk bil perubatan yang tinggi)

Dihalau keluar rumah (sewa tak bayar).

Anak-anak berhenti sekolah.

Ditinggalkan keluarga.

Waris (keluarga) merempat.

Itu antara perkara BENAR yang sering terjadi kerana kecuaian terlepas pandang tentang hal perlindungan......


Sekiranya seseorang itu mengambil pelan takaful, mereka/waris akan mendapat sejumlah wang pampasan sekiranya berlaku keilatan kekal (seperti lumpuh) dan juga berlaku kematian. Pampasan bergantung kepada jumlah yang telah setuju untuk disumbangkan dalam pelan takaful.

Tambahan, pelan takaful ini juga merupakan salah satu cara untuk menabung dan menyimpan duit dalam jangkamasa yang panjang. Peserta akan mendapat nilai simpanan dalam akaun peserta setelah sampai tempoh matang.

Pelan takaful keluarga boleh didapati di pasaran dengan sumbangan serendah hanya RM 50 SEBULAN!!!!


****Dengan tawaran yang murah ini pun masih ramai yang lokek duit, kedekut dan sombong....

Tiada seorang pun di dunia ini boleh menjamin dia akan terus sihat sepanjang masa.

Tiada seorang pun yang tahu saat dan detik kematian mereka.


Oleh itu jangan sombong dan angkuh berkata "aku tak perlu semua ni"...

Jangan bertangguh mencari seribu satu alasan untuk mengelak.

Kelak yang rugi adalah diri sendiri.

Jangan nanti sudah sakit tak bergerak, baru tergerak hati mahukan takaful. Bila sudah sakit teruk tidak ada lagi syarikat takaful, mahupun insurans yang mahu menerima permohonan kita....Risiko untuk kita mendapat sakit dan MATI sudah semakin tinggi.....

Sudahlah sakit tak bergerak, duit tak ada, makanan tak cukup, keluarga susah, anak-anak susah, pendidikan anak-anak turut terabai. Kalau ada yang mahu membantu, syukurlah...Tapi hari ini siapa yang sudi membantu, banyak mana yang mampu dibantu. Orang lain ada beban masing-masing yang perlu ditanggung dan diutamakan...


Sebarang persoalan sila ajukan kepada nombor telefon dan email di "side bar" blog.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Beza Takaful dan Insurans


Matlamat tidak menghalalkan cara!!

Insurans memang mempunyai matlamat yang baik. Matlamat insurans adalah sama dengan takaful iaitu memberikan perlindungan dalam bentuk pembayaran gantirugi kepada pemilik polisi. Tujuannya memang bagus dan terpuji. Walaubagaimanapun disebabkan operasi insurans yang tidak patuh syariah, insurans ditolak sama sekali. Walaupun niat dan tujuan asalnya adalah baik.

Untuk keterangan yang lebih jelas boleh rujuk artikel ustaz Zaharuddin.

Saya akan cuba jelaskan mengikut pengetahuan yang saya ada. Muamalat Islam mementingkan akad. Apabila urusan jual beli dilakukan, akad jualbeli akan diguna. Tidak sah jual beli dengan menggunakan akad sewaan.

Insurans menggunakan akad jual beli. Pemilik polisi akan membeli polisi daripada syarikat insurans. Di sinilah masalah utama insurans timbul. Insurans mempunyai masalah dari segi memenuhi rukun jual beli. Jika salah satu rukun jual beli tidak dipatuhi, maka urusniaga itu akan terbatal. Apakah rukun jual beli?

Dalam satu urusniaga jual beli, perlu ada penjual, pembeli, barang jualan dan juga akad (sighah) ataupun kontrak jualan itu. Dalam hal ini penjual adalah pihak syarikat, pembeli adalah pemilik polisi, barang yang dibeli adalah polisi insurans dan akad itu adalah kontrak yang ditandatangani.
Masalah wujud pada perkara@barang yang diurusniagakan iaitu polisi insurans.

Perkara yang dijual beli itu syaratnya mestilah jelas. Jika barang, jelas bentuk, warna atau sifatnya (walaupun barang tempahan, kita boleh mengagak bagaimana hasil tempahan itu...jika ada perbezaan pun tidak akan jauh). Jika menjual perkhidmatan, perlu jelas jenis perkhidmatan, masa, harga yang dibayar dan macam-macam lagi...Pokok pangkalnya mestilah JELAS.

Masalah pada polisi insurans ialah tidak pasti apa yang diurusniagakan. Tidak jelas risiko apa yang akan kita hadapi, adakah akan ditimpa musibah atau tidak. Tidak pasti bila berlaku. Malah musibah itu juga tidak dapat ditentukan dalam bentuk yang bagaimana.....Banyak lagi keraguan yang boleh diterbitkan. Lantaran itu, kontrak ini terbatal kerana tidak jelas subjek yang diurusniagakan. Pembeli polisi membayar dan mendapar sesuatu yang tidak pasti. Jika diteruskan juga kontrak ini, maka hukumnya adalah haram.

Di situ wujud unsur gharar (ketidakpastian), riba dan juga judi.
Gharar kerana kita membayar untuk sesuatu yang kita tidak pasti dan tidak jelas perkaranya. Perkara tersebut memang sukar untuk diduga apa yang akan terjadi. Kita tidak tahu pun di masa akan datang bentuk bencana apa yang akan datang, malah mungkin sahaja tidak berlaku apa-apa.
Riba kerana kita membayar sejumlah wang untuk mendapat wang yang lebih banyak. Wang, apabila ditukar dengan wang, jumlahnya mestilah sama dan di dalam satu majlis (maksudnya pertukaran itu tidak tertangguh). Pelaburan yang dibuat juga mungkin dilaburkan ke tempat-tempat yang tidak patuh syariah dan terlibat dengan riba.
Judi terjadi kerana kita mempertaruhkan nasib kita untuk memperolehi bayaran yang tinggi. Seperti permainan judi, kita bertaruh sejumlah wang dan bergantung kepada nasib untuk memenangi wang yang banyak.

Jadual di bawah saya ambil dari web zaharuddin.net

Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.


Align Center
Saya kira penjelasan ringkas ini dapat difahami oleh pembaca. Jadi sebagai umat Islam, wajib bagi kita menggunakan produk kewangan Islam dalam urusan seharian ini. Tiada lagi alasan produk takaful susah untuk didapati. Pada hari ini banyak syarikat (pengendali) takaful telah ditubuhkan dan diberi lesen oleh Bank Negara.

Bagi yang sudah memiliki polisi insurans, segerakan penghijrahan anda kepada takaful. Biar rugi sedikit di dunia, jangan rugi di akhirat. Jangan kerana sayangkan wang insurans itu, kita mendapat seksa yang dahsyat di akhirat kelak...

Khamis, Ogos 13, 2009

Apa itu TAKAFUL?

Perkataan Takaful itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud saling membantu atau saling menjamin di klangan ahli. Takaful adalah satu persepakatan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka.



Dalam perjanjian itu juga telah disepakati bahawa terdapat sumbangan yang perlu dikeluarkan dan dipersetujui oleh semua pihak. Sumbangan itu akan digunakan untuk manfaat bersama kumpulan tersebut. Sekiranya terjadi musibah atau kemalangan terhadap ahli kumpulan, sejumlah manfaat daripada hasil sumbangan bersama itu akan digunakan untuk membantu peserta yang ditimpa musibah itu.. Itulah secara umunya praktis yang dijalankan dalam takaful.

Takaful mempunyai matlamat yang sama dengan insurans, namun operasinya dalah jauh berbeza. Perbezaan antara takaful dan insurans boleh dirujuk di sini. Takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional yang telah difatwakan haram oleh kebanyakan ulama di serata dunia.

Takaful perlu dimiliki kerana matlamat utamanya adalah untuk memberi perlindungan dalam bentuk wang pampasan kepada individu. Tanpa takaful, seseorang itu mendedahkan dirinya serta keluarganya kepada bahaya.

Asas utama kepada sistem takaful ialah Tabarru'. Model takaful di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu tabarru' dan wakalah dan juga tabarru' dan mudharabah.

Justeru sesiapa yang mahu memiliki pelan takaful tidak perlu risau akan status halal dan haramnya. Setiap pengendali takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang berfungsi memastikan operasi takaful selari dengan syariat termasuklah pelaburan yang dilakukan oleh pengendali takaful.

Selamat datang

Assalamualaikum para pengunjung sekalian.

Terima kasih kerana meluangkan masa melayari blog takaful ini. Secara amnya blog ini akan membincangkan tentang takaful dan juga keperluan memilikinya. Memiliki takaful bagi saya adalah satu kemestian bagi mereka yang berkemampuan, terutamanya ketua keluarga yang mempunyai tanggungan di bawahnya ( isteri, anak, ibu, ayah dll...). Saya sekadar mahu berkongsi ilmu setakat mana yang termampu..

Secara umumnya matlamat blog ini diwujudkan adalah

  • menyalurkan maklumat berkenaan sistem kewangan Islam khususnya TAKAFUL kepada pengunjung blog.
  • menekankan kepentingan terhadap pengurusan risiko kewangan secara Islam
  • menyalurkan maklumat agar kita beralih menggunakan sistem kewangan Islam yang semakin mendapat tempat pada hari ini
Ramai di kalangan kita hari ini masih lagi kabur, malah ada yang buta bila disebut hal berkenaan takaful. Kesedaran memiliki perlindungan risiko yang bertepatan dengan Syarak masih lagi rendah. Insurans seringkali disamakan dengan takaful dan ramai sekali yang menyatakan tiada bezanya insurans dan juga takaful.. Pada hal di antaranya wujud jurang yang amat besar sekali.

Umat Islam tidak dilarang untuk mencari harta kekayaan. Carilah harta kerana ianya adalah harus. Malah kehidupan kita pada hari ini amat memrelukan kepada harta. Tetapi apa yang salah ialah memperolehi harta kekayaan dengan cara yang salah.

Mari bersama menimba ilmu berkenaan dengan takaful. Lebih elok lagi jika ilmu itu dihebahkan kepada orang ramai...