Jumaat, Ogos 14, 2009

Beza Takaful dan Insurans


Matlamat tidak menghalalkan cara!!

Insurans memang mempunyai matlamat yang baik. Matlamat insurans adalah sama dengan takaful iaitu memberikan perlindungan dalam bentuk pembayaran gantirugi kepada pemilik polisi. Tujuannya memang bagus dan terpuji. Walaubagaimanapun disebabkan operasi insurans yang tidak patuh syariah, insurans ditolak sama sekali. Walaupun niat dan tujuan asalnya adalah baik.

Untuk keterangan yang lebih jelas boleh rujuk artikel ustaz Zaharuddin.

Saya akan cuba jelaskan mengikut pengetahuan yang saya ada. Muamalat Islam mementingkan akad. Apabila urusan jual beli dilakukan, akad jualbeli akan diguna. Tidak sah jual beli dengan menggunakan akad sewaan.

Insurans menggunakan akad jual beli. Pemilik polisi akan membeli polisi daripada syarikat insurans. Di sinilah masalah utama insurans timbul. Insurans mempunyai masalah dari segi memenuhi rukun jual beli. Jika salah satu rukun jual beli tidak dipatuhi, maka urusniaga itu akan terbatal. Apakah rukun jual beli?

Dalam satu urusniaga jual beli, perlu ada penjual, pembeli, barang jualan dan juga akad (sighah) ataupun kontrak jualan itu. Dalam hal ini penjual adalah pihak syarikat, pembeli adalah pemilik polisi, barang yang dibeli adalah polisi insurans dan akad itu adalah kontrak yang ditandatangani.
Masalah wujud pada perkara@barang yang diurusniagakan iaitu polisi insurans.

Perkara yang dijual beli itu syaratnya mestilah jelas. Jika barang, jelas bentuk, warna atau sifatnya (walaupun barang tempahan, kita boleh mengagak bagaimana hasil tempahan itu...jika ada perbezaan pun tidak akan jauh). Jika menjual perkhidmatan, perlu jelas jenis perkhidmatan, masa, harga yang dibayar dan macam-macam lagi...Pokok pangkalnya mestilah JELAS.

Masalah pada polisi insurans ialah tidak pasti apa yang diurusniagakan. Tidak jelas risiko apa yang akan kita hadapi, adakah akan ditimpa musibah atau tidak. Tidak pasti bila berlaku. Malah musibah itu juga tidak dapat ditentukan dalam bentuk yang bagaimana.....Banyak lagi keraguan yang boleh diterbitkan. Lantaran itu, kontrak ini terbatal kerana tidak jelas subjek yang diurusniagakan. Pembeli polisi membayar dan mendapar sesuatu yang tidak pasti. Jika diteruskan juga kontrak ini, maka hukumnya adalah haram.

Di situ wujud unsur gharar (ketidakpastian), riba dan juga judi.
Gharar kerana kita membayar untuk sesuatu yang kita tidak pasti dan tidak jelas perkaranya. Perkara tersebut memang sukar untuk diduga apa yang akan terjadi. Kita tidak tahu pun di masa akan datang bentuk bencana apa yang akan datang, malah mungkin sahaja tidak berlaku apa-apa.
Riba kerana kita membayar sejumlah wang untuk mendapat wang yang lebih banyak. Wang, apabila ditukar dengan wang, jumlahnya mestilah sama dan di dalam satu majlis (maksudnya pertukaran itu tidak tertangguh). Pelaburan yang dibuat juga mungkin dilaburkan ke tempat-tempat yang tidak patuh syariah dan terlibat dengan riba.
Judi terjadi kerana kita mempertaruhkan nasib kita untuk memperolehi bayaran yang tinggi. Seperti permainan judi, kita bertaruh sejumlah wang dan bergantung kepada nasib untuk memenangi wang yang banyak.

Jadual di bawah saya ambil dari web zaharuddin.net

Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.


Align Center
Saya kira penjelasan ringkas ini dapat difahami oleh pembaca. Jadi sebagai umat Islam, wajib bagi kita menggunakan produk kewangan Islam dalam urusan seharian ini. Tiada lagi alasan produk takaful susah untuk didapati. Pada hari ini banyak syarikat (pengendali) takaful telah ditubuhkan dan diberi lesen oleh Bank Negara.

Bagi yang sudah memiliki polisi insurans, segerakan penghijrahan anda kepada takaful. Biar rugi sedikit di dunia, jangan rugi di akhirat. Jangan kerana sayangkan wang insurans itu, kita mendapat seksa yang dahsyat di akhirat kelak...

Tiada ulasan: