Khamis, Ogos 13, 2009

Apa itu TAKAFUL?

Perkataan Takaful itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud saling membantu atau saling menjamin di klangan ahli. Takaful adalah satu persepakatan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka.



Dalam perjanjian itu juga telah disepakati bahawa terdapat sumbangan yang perlu dikeluarkan dan dipersetujui oleh semua pihak. Sumbangan itu akan digunakan untuk manfaat bersama kumpulan tersebut. Sekiranya terjadi musibah atau kemalangan terhadap ahli kumpulan, sejumlah manfaat daripada hasil sumbangan bersama itu akan digunakan untuk membantu peserta yang ditimpa musibah itu.. Itulah secara umunya praktis yang dijalankan dalam takaful.

Takaful mempunyai matlamat yang sama dengan insurans, namun operasinya dalah jauh berbeza. Perbezaan antara takaful dan insurans boleh dirujuk di sini. Takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional yang telah difatwakan haram oleh kebanyakan ulama di serata dunia.

Takaful perlu dimiliki kerana matlamat utamanya adalah untuk memberi perlindungan dalam bentuk wang pampasan kepada individu. Tanpa takaful, seseorang itu mendedahkan dirinya serta keluarganya kepada bahaya.

Asas utama kepada sistem takaful ialah Tabarru'. Model takaful di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu tabarru' dan wakalah dan juga tabarru' dan mudharabah.

Justeru sesiapa yang mahu memiliki pelan takaful tidak perlu risau akan status halal dan haramnya. Setiap pengendali takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang berfungsi memastikan operasi takaful selari dengan syariat termasuklah pelaburan yang dilakukan oleh pengendali takaful.

Tiada ulasan: