Sabtu, Ogos 22, 2009

Takaful Pendidikan (i-Grad)

Takaful juga menyediakan pelan untuk pendidikan anak-anak. Pelan seperti ini menawarkan perlindungan kepada anak-anak dan juga penyediaan dana pendidikan anak-anak.

Siapa yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan takaful pendidikan ini boleh disertai oleh kanak-kanak berumur 30 hari hingga 15 tahun.

Tempoh matang sehingga kanak-kanak berumur 19, 21, 23, atau 25 tahun.

Mengapa perlu takaful pendidikan?

Seperti kita, kanak-kanak juga memerlukan perlindungan. Selain itu, kanak-kanak juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan khasnya pendidikan di peringkat tinggi (ipta / ipts). Perbelanjaan peringkat tinggi seperti Diploma dan Ijazah pertama menelan belanja ribuan ringgit, malah berpuluh-puluh ribu. Jika persediaan tidak dilakukan sekarang, kita akan menghadapi kesulitan di kemudian hari.....Mana mampu kita hadirkan RM 10 ribu dalam sehari
(selain daripada meminjam dan mencuri).

Maka apa yang kita perlu buat ialah menabung menggunakan Takaful Pendidikan.

Mengapa perlu menabung menggunakan takaful pendidikan, walhal boleh sahaja kita menyimpan dengan menggunakan unit amanah atau simpan di dalam bank sahaja.



Pengecualian cukai

Takaful pendidikan mendapat pengecualian cukai sehingga RM 3000 setahun. Maksudnya RM3000 yang dibayar sebagai
sumbangan dalam takaful ini akan ditolak daripada jumlah pendapatan setahun.

Jika menyimpan di dalam unit trust atau bank, tiada pengecualian diberikan. Tanpa pengecualian itu, mungkin sahaja nama kita tersenarai antara insan yang perlu membayar cukai pendapatan.

Manfaat pembayar

Tentu sahaja pelan takaful menyediakan perlindungan kepada peserta (anak) bergantung kepada berapa jumlah yang dipersetujui. Malah jika berlaku kematian/keillatan kekal kepada kita,
Pengendali takaful akan membayarkan sumbangan untuk pihak kita sepanjang tempoh kontrak. Maksudnya tabungan terus berjalan tanpa kita perlu mengeluarkan duit!

Manfaat "kembali ke sekolah"

Peserta (anak anda) akan mendapat RM 100 setiap tahun pada awal tahun persekolahan. Manfaat ini berhak dinikmati setelah sijil berkuatkuasa selama setahun, bermula umur peserta 8 tahun hingga 18 tahun. Setakat ini, hanya pelan ini sahaja yang menawarkan manfaat sedemikian.

Manfaat Peperiksaan

Sekiranya peserta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, anak anda berhak mendapat hadiah saguhati berbentuk wang tunai daripada syarikat .

UPSR - RM 75 untuk setiap A (5 subjek)
PMR - RM 100 untuk setiap A (maksimum 8 subjek)
SPM - Rm 125 untuk setiap A (maksimum 10 subjek)
Diploma - RM 1 500 (CGPA 3.5 dan ke atas)
Sarjana muda - RM 2000 (CGPA 3.5 dan ke atas)

Kos pendidikan semakin lama-semakin mahal. Jika persediaan tidak dibuat, peluang untuk anak kita melanjutkan pelajaran mungkin tersekat kerana masalah kewangan. Memang kerajaan menyediakan pinjaman PTPTN tetapi perlu diingat itu adalah PINJAMAN yang perlu dibayar semula. Bukankah lebih elok jika kita tidak perlu mengambil pinjaman dan menambahkan hutang yang sudah sedia ada?

Menabung sekarang. Jangan bertangguh, jangan memberi alasan.

Pelan takaful i-save (Simpanan dan perlindungan)

klik gambar untuk lebih jelas

Dalam pelan ini, peserta akan dilindungi dan mempunyai nilai simpanan dalam masa yang sama. Lebih elok sekiranya kita mempunyai takaful terlebih dahulu sebelum kita menyertai pelaburan lain seperti pelaburan saham unit amanah. Memang pelaburan di unit amanah adalah lebih menguntungan kita. Namun begitu unit amanah tidak menyediakan pelan perlindungan kepada kita.

Justeru takaful adalah lebih utama daripada pelaburan dalam unit amanah.

klik gambar untuk lebih jelas

**jumlah yang ditunjukkan adalah contoh sahaja...Apabila kita membayar caruman contohnya RM100 kepada takaful, yang tersebut akan ditolak yuran wakalah dan juga tabarru'. Baki daripada tolakan itu yang akan menjadi milik kita.

Dalam jadual di atas telah di tunjukkan perbandingan menyimpan di unit amanah dan takaful. Sekiranya kematian berlaku pada (dalam rajah ditunjukkan pada bulan ke 12) kita akan mendapat nilai simpanan, keuntungan pelaburan dan juga WANG PAMPASAN daripada pengendali takaful.

Jika umur kita sekitar 20 an, kita boleh mendapat perlindungan sekitar
RM 40000. Satu jumlah yang agak banyak.

Jika kita menyimpan di unit amanah, kita hanya mendapat jumlah simpanan sahaja. Mungkin sahaja jumlah simpanan itu tidak cukup untuk melangsaikan hutang yang kita tinggalkan kepada waris kita. Walaupun nilai simpanan di dalam takaful tidak banyak seperti unit amanah, tetapi takaful memberikan perlindungan kewangan jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita. Kita menabung, tetapi dilindungi dalam masa yang sama.

Pelan seperti ini hanya ditawarkan oleh TAKAFUL / INSURANS sahaja!

Namun sebagai orang ISLAM, wajib bagi kita memilih takaful berbanding insurans.

Bukan bermaksud mempunyai unit amanah itu tidak bagus, tetapi adalah lebih elok jika kita mempunyai pelan takaful terlebih dahulu sebelum membeli unit amanah untuk tujuan pelaburan. Sebelum melabur, kita perlu pastikan diri kita dilindungi terlebih dahulu.

Tiada siapa boleh menjamin dia akan terus kekal sihat sepanjang masa. Hari ini seringkali kita lihat kematian berlaku di usia muda seperti kemalangan dan juga penyakit. Kita tidak boleh menjamin bahawa kita tidak akan ditimpa sebarang bencana.

Oleh itu dengan menyertai pelan takaful, sekurang-kurangnya kita bertindak dengan menyediakan perlindungan berbentuk kewangan kepada diri dan keluarga kita.

Cuba kira liabiliti yang anda ada sekarang ( belanja-belanja dan hutang). Adakah simpanan anda cukup untuk membiayai keluarga anda sekiranya anda telah tiada nanti (MATI)? Jika tidak cukup, menyertai pelan takaful adalah penyelesaiannya.

Caruman takaful boleh dibuat serendah RM50 sebulan....amat murah berbanding manfaat yang kita akan perolehi.

Pembayar akan mendapat pengecualian cukai sehingga RM 3000....

Untuk maklumat yang lebih terperinci dan tepat berkaitan caruman yang sesuai untuk umur anda, sila hubungi saya untuk medapatkan sebut harga.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Mengapa kita perlukan perlindungan (takaful)?

Mengapa kita semua perlukan takaful? Apakah pentingnya takaful sehingga ia perlu dimiliki oleh mereka yang berkemampuan?

Setiap orang mempunyai liabiliti (tanggungan/beban/hutang) yang tersendiri. Semua liabiliti itu boleh kita tanggung sekiranya kita memiliki badan yang sihat dan boleh bekerja.

Kita bekerja untuk memperolehi pendapatan. Pendapatan itu kita gunakan untuk menyara hidup kita. Bagi yang berkeluarga, pendapatan itu akan digunakan untuk menyara keluarga mereka. Dengan pendapatan yang diperolehi itu juga kita membayar untuk perkara lain seperti kereta, rumah, pendidikan, kiriman kepada ibu bapa dan banyak lagi....

Semua perkara itu memerlukan wang...Untuk mendapat wang kita perlu bekerja...Untuk bekerja kita mestilah mampu bekerja ataupun sihat.


Itu sekiranya kita sihat dan mampu bekerja...Bagamaimana jika kita sakit, tidak berupaya, lumpuh atau pun mati.....?

Siapa nak bayar ansuran kereta?

Siapa nak tanggung belanja keluarga?

Siapa nak bayar sewa rumah?

Siapa yang nak bayar yuran sekolah anak?

Siapa nak tanggung mak ayah?


Hutang kita yang banyak siapa yang tak tanggung?

seribu satu persolan lain yang tentunya membebankan akan timbul....


Bila sakit datang, kerja tak boleh dibuat. Bila tidak kerja, tiada pendapatan.....Tiada pendapatan, belanja yang lain turut tertunggak.....Bagaimana hendak dilunaskan semuanya jika kita sakit tak berupaya. Atau bagaimana waris hendak melunaskan semuanya sekiranya kita sudah mati? Keadaan ini akan menyusahkan orang di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan untuk keluarga.

Kereta ditarik.

Wang simpanan habis (untuk bil perubatan yang tinggi)

Dihalau keluar rumah (sewa tak bayar).

Anak-anak berhenti sekolah.

Ditinggalkan keluarga.

Waris (keluarga) merempat.

Itu antara perkara BENAR yang sering terjadi kerana kecuaian terlepas pandang tentang hal perlindungan......


Sekiranya seseorang itu mengambil pelan takaful, mereka/waris akan mendapat sejumlah wang pampasan sekiranya berlaku keilatan kekal (seperti lumpuh) dan juga berlaku kematian. Pampasan bergantung kepada jumlah yang telah setuju untuk disumbangkan dalam pelan takaful.

Tambahan, pelan takaful ini juga merupakan salah satu cara untuk menabung dan menyimpan duit dalam jangkamasa yang panjang. Peserta akan mendapat nilai simpanan dalam akaun peserta setelah sampai tempoh matang.

Pelan takaful keluarga boleh didapati di pasaran dengan sumbangan serendah hanya RM 50 SEBULAN!!!!


****Dengan tawaran yang murah ini pun masih ramai yang lokek duit, kedekut dan sombong....

Tiada seorang pun di dunia ini boleh menjamin dia akan terus sihat sepanjang masa.

Tiada seorang pun yang tahu saat dan detik kematian mereka.


Oleh itu jangan sombong dan angkuh berkata "aku tak perlu semua ni"...

Jangan bertangguh mencari seribu satu alasan untuk mengelak.

Kelak yang rugi adalah diri sendiri.

Jangan nanti sudah sakit tak bergerak, baru tergerak hati mahukan takaful. Bila sudah sakit teruk tidak ada lagi syarikat takaful, mahupun insurans yang mahu menerima permohonan kita....Risiko untuk kita mendapat sakit dan MATI sudah semakin tinggi.....

Sudahlah sakit tak bergerak, duit tak ada, makanan tak cukup, keluarga susah, anak-anak susah, pendidikan anak-anak turut terabai. Kalau ada yang mahu membantu, syukurlah...Tapi hari ini siapa yang sudi membantu, banyak mana yang mampu dibantu. Orang lain ada beban masing-masing yang perlu ditanggung dan diutamakan...


Sebarang persoalan sila ajukan kepada nombor telefon dan email di "side bar" blog.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Beza Takaful dan Insurans


Matlamat tidak menghalalkan cara!!

Insurans memang mempunyai matlamat yang baik. Matlamat insurans adalah sama dengan takaful iaitu memberikan perlindungan dalam bentuk pembayaran gantirugi kepada pemilik polisi. Tujuannya memang bagus dan terpuji. Walaubagaimanapun disebabkan operasi insurans yang tidak patuh syariah, insurans ditolak sama sekali. Walaupun niat dan tujuan asalnya adalah baik.

Untuk keterangan yang lebih jelas boleh rujuk artikel ustaz Zaharuddin.

Saya akan cuba jelaskan mengikut pengetahuan yang saya ada. Muamalat Islam mementingkan akad. Apabila urusan jual beli dilakukan, akad jualbeli akan diguna. Tidak sah jual beli dengan menggunakan akad sewaan.

Insurans menggunakan akad jual beli. Pemilik polisi akan membeli polisi daripada syarikat insurans. Di sinilah masalah utama insurans timbul. Insurans mempunyai masalah dari segi memenuhi rukun jual beli. Jika salah satu rukun jual beli tidak dipatuhi, maka urusniaga itu akan terbatal. Apakah rukun jual beli?

Dalam satu urusniaga jual beli, perlu ada penjual, pembeli, barang jualan dan juga akad (sighah) ataupun kontrak jualan itu. Dalam hal ini penjual adalah pihak syarikat, pembeli adalah pemilik polisi, barang yang dibeli adalah polisi insurans dan akad itu adalah kontrak yang ditandatangani.
Masalah wujud pada perkara@barang yang diurusniagakan iaitu polisi insurans.

Perkara yang dijual beli itu syaratnya mestilah jelas. Jika barang, jelas bentuk, warna atau sifatnya (walaupun barang tempahan, kita boleh mengagak bagaimana hasil tempahan itu...jika ada perbezaan pun tidak akan jauh). Jika menjual perkhidmatan, perlu jelas jenis perkhidmatan, masa, harga yang dibayar dan macam-macam lagi...Pokok pangkalnya mestilah JELAS.

Masalah pada polisi insurans ialah tidak pasti apa yang diurusniagakan. Tidak jelas risiko apa yang akan kita hadapi, adakah akan ditimpa musibah atau tidak. Tidak pasti bila berlaku. Malah musibah itu juga tidak dapat ditentukan dalam bentuk yang bagaimana.....Banyak lagi keraguan yang boleh diterbitkan. Lantaran itu, kontrak ini terbatal kerana tidak jelas subjek yang diurusniagakan. Pembeli polisi membayar dan mendapar sesuatu yang tidak pasti. Jika diteruskan juga kontrak ini, maka hukumnya adalah haram.

Di situ wujud unsur gharar (ketidakpastian), riba dan juga judi.
Gharar kerana kita membayar untuk sesuatu yang kita tidak pasti dan tidak jelas perkaranya. Perkara tersebut memang sukar untuk diduga apa yang akan terjadi. Kita tidak tahu pun di masa akan datang bentuk bencana apa yang akan datang, malah mungkin sahaja tidak berlaku apa-apa.
Riba kerana kita membayar sejumlah wang untuk mendapat wang yang lebih banyak. Wang, apabila ditukar dengan wang, jumlahnya mestilah sama dan di dalam satu majlis (maksudnya pertukaran itu tidak tertangguh). Pelaburan yang dibuat juga mungkin dilaburkan ke tempat-tempat yang tidak patuh syariah dan terlibat dengan riba.
Judi terjadi kerana kita mempertaruhkan nasib kita untuk memperolehi bayaran yang tinggi. Seperti permainan judi, kita bertaruh sejumlah wang dan bergantung kepada nasib untuk memenangi wang yang banyak.

Jadual di bawah saya ambil dari web zaharuddin.net

Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.


Align Center
Saya kira penjelasan ringkas ini dapat difahami oleh pembaca. Jadi sebagai umat Islam, wajib bagi kita menggunakan produk kewangan Islam dalam urusan seharian ini. Tiada lagi alasan produk takaful susah untuk didapati. Pada hari ini banyak syarikat (pengendali) takaful telah ditubuhkan dan diberi lesen oleh Bank Negara.

Bagi yang sudah memiliki polisi insurans, segerakan penghijrahan anda kepada takaful. Biar rugi sedikit di dunia, jangan rugi di akhirat. Jangan kerana sayangkan wang insurans itu, kita mendapat seksa yang dahsyat di akhirat kelak...

Khamis, Ogos 13, 2009

Apa itu TAKAFUL?

Perkataan Takaful itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud saling membantu atau saling menjamin di klangan ahli. Takaful adalah satu persepakatan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka.



Dalam perjanjian itu juga telah disepakati bahawa terdapat sumbangan yang perlu dikeluarkan dan dipersetujui oleh semua pihak. Sumbangan itu akan digunakan untuk manfaat bersama kumpulan tersebut. Sekiranya terjadi musibah atau kemalangan terhadap ahli kumpulan, sejumlah manfaat daripada hasil sumbangan bersama itu akan digunakan untuk membantu peserta yang ditimpa musibah itu.. Itulah secara umunya praktis yang dijalankan dalam takaful.

Takaful mempunyai matlamat yang sama dengan insurans, namun operasinya dalah jauh berbeza. Perbezaan antara takaful dan insurans boleh dirujuk di sini. Takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional yang telah difatwakan haram oleh kebanyakan ulama di serata dunia.

Takaful perlu dimiliki kerana matlamat utamanya adalah untuk memberi perlindungan dalam bentuk wang pampasan kepada individu. Tanpa takaful, seseorang itu mendedahkan dirinya serta keluarganya kepada bahaya.

Asas utama kepada sistem takaful ialah Tabarru'. Model takaful di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu tabarru' dan wakalah dan juga tabarru' dan mudharabah.

Justeru sesiapa yang mahu memiliki pelan takaful tidak perlu risau akan status halal dan haramnya. Setiap pengendali takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang berfungsi memastikan operasi takaful selari dengan syariat termasuklah pelaburan yang dilakukan oleh pengendali takaful.

Selamat datang

Assalamualaikum para pengunjung sekalian.

Terima kasih kerana meluangkan masa melayari blog takaful ini. Secara amnya blog ini akan membincangkan tentang takaful dan juga keperluan memilikinya. Memiliki takaful bagi saya adalah satu kemestian bagi mereka yang berkemampuan, terutamanya ketua keluarga yang mempunyai tanggungan di bawahnya ( isteri, anak, ibu, ayah dll...). Saya sekadar mahu berkongsi ilmu setakat mana yang termampu..

Secara umumnya matlamat blog ini diwujudkan adalah

  • menyalurkan maklumat berkenaan sistem kewangan Islam khususnya TAKAFUL kepada pengunjung blog.
  • menekankan kepentingan terhadap pengurusan risiko kewangan secara Islam
  • menyalurkan maklumat agar kita beralih menggunakan sistem kewangan Islam yang semakin mendapat tempat pada hari ini
Ramai di kalangan kita hari ini masih lagi kabur, malah ada yang buta bila disebut hal berkenaan takaful. Kesedaran memiliki perlindungan risiko yang bertepatan dengan Syarak masih lagi rendah. Insurans seringkali disamakan dengan takaful dan ramai sekali yang menyatakan tiada bezanya insurans dan juga takaful.. Pada hal di antaranya wujud jurang yang amat besar sekali.

Umat Islam tidak dilarang untuk mencari harta kekayaan. Carilah harta kerana ianya adalah harus. Malah kehidupan kita pada hari ini amat memrelukan kepada harta. Tetapi apa yang salah ialah memperolehi harta kekayaan dengan cara yang salah.

Mari bersama menimba ilmu berkenaan dengan takaful. Lebih elok lagi jika ilmu itu dihebahkan kepada orang ramai...