Sabtu, Ogos 22, 2009

Takaful Pendidikan (i-Grad)

Takaful juga menyediakan pelan untuk pendidikan anak-anak. Pelan seperti ini menawarkan perlindungan kepada anak-anak dan juga penyediaan dana pendidikan anak-anak.

Siapa yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan takaful pendidikan ini boleh disertai oleh kanak-kanak berumur 30 hari hingga 15 tahun.

Tempoh matang sehingga kanak-kanak berumur 19, 21, 23, atau 25 tahun.

Mengapa perlu takaful pendidikan?

Seperti kita, kanak-kanak juga memerlukan perlindungan. Selain itu, kanak-kanak juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan khasnya pendidikan di peringkat tinggi (ipta / ipts). Perbelanjaan peringkat tinggi seperti Diploma dan Ijazah pertama menelan belanja ribuan ringgit, malah berpuluh-puluh ribu. Jika persediaan tidak dilakukan sekarang, kita akan menghadapi kesulitan di kemudian hari.....Mana mampu kita hadirkan RM 10 ribu dalam sehari
(selain daripada meminjam dan mencuri).

Maka apa yang kita perlu buat ialah menabung menggunakan Takaful Pendidikan.

Mengapa perlu menabung menggunakan takaful pendidikan, walhal boleh sahaja kita menyimpan dengan menggunakan unit amanah atau simpan di dalam bank sahaja.



Pengecualian cukai

Takaful pendidikan mendapat pengecualian cukai sehingga RM 3000 setahun. Maksudnya RM3000 yang dibayar sebagai
sumbangan dalam takaful ini akan ditolak daripada jumlah pendapatan setahun.

Jika menyimpan di dalam unit trust atau bank, tiada pengecualian diberikan. Tanpa pengecualian itu, mungkin sahaja nama kita tersenarai antara insan yang perlu membayar cukai pendapatan.

Manfaat pembayar

Tentu sahaja pelan takaful menyediakan perlindungan kepada peserta (anak) bergantung kepada berapa jumlah yang dipersetujui. Malah jika berlaku kematian/keillatan kekal kepada kita,
Pengendali takaful akan membayarkan sumbangan untuk pihak kita sepanjang tempoh kontrak. Maksudnya tabungan terus berjalan tanpa kita perlu mengeluarkan duit!

Manfaat "kembali ke sekolah"

Peserta (anak anda) akan mendapat RM 100 setiap tahun pada awal tahun persekolahan. Manfaat ini berhak dinikmati setelah sijil berkuatkuasa selama setahun, bermula umur peserta 8 tahun hingga 18 tahun. Setakat ini, hanya pelan ini sahaja yang menawarkan manfaat sedemikian.

Manfaat Peperiksaan

Sekiranya peserta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, anak anda berhak mendapat hadiah saguhati berbentuk wang tunai daripada syarikat .

UPSR - RM 75 untuk setiap A (5 subjek)
PMR - RM 100 untuk setiap A (maksimum 8 subjek)
SPM - Rm 125 untuk setiap A (maksimum 10 subjek)
Diploma - RM 1 500 (CGPA 3.5 dan ke atas)
Sarjana muda - RM 2000 (CGPA 3.5 dan ke atas)

Kos pendidikan semakin lama-semakin mahal. Jika persediaan tidak dibuat, peluang untuk anak kita melanjutkan pelajaran mungkin tersekat kerana masalah kewangan. Memang kerajaan menyediakan pinjaman PTPTN tetapi perlu diingat itu adalah PINJAMAN yang perlu dibayar semula. Bukankah lebih elok jika kita tidak perlu mengambil pinjaman dan menambahkan hutang yang sudah sedia ada?

Menabung sekarang. Jangan bertangguh, jangan memberi alasan.

Tiada ulasan: