Rasanya ramai dah tahu kan fungsi takaful. Sama dengan fungsi insurans yang memberikan perlindungan berbentuk kewangan berupa pampasan jika berlaku musibah.
Selain itu, para peserta juga dapat menyumbang amal kebaikan melalui tabarruk yang dilakukan. Ya, sebahagian caruman atau sumbangan bulanan kita pada takaful akan masuk ke akaun tabarruk. Begitu juga dengan peserta takaful yang lain. Jadi dana terkumpul dari akaun tabarruk ini yang akan digunakan untuk membayar tuntutan dan pampasan bagi peserta lain yang memerlukan.
Nampak macam ringan dan mudah, tapi ada pahala untuk kita sebab membantu orang lain di dalam kesusahan, walaupun orang yang kita tidak kenali.
Salah sangka.
Ramai orang tersalah sangka. Kita sangka menyertai takaful keluarga dan membayar sumbangan setiap bulan sama dengan menyimpan di bank, atau membuat pelaburan. Tidak berapa tepat mengharapkan keuntungan pelaburan berganda-ganda melalui takaful. Memang benar duit sumbangan bulanan itu akan dilaburkan dan peserta dapat menikmati dividen tahunan. Tapi bukan 100% duit sumbangan yang kita bayar pada takaful adalah milik kita.
Salah satu sebabnya ialah tolakan tabarruk yang telah disebutkan tadi. Beberapa tahun terawal, peratusan duit sumbangan bulanan yang akan masuk ke akaun tabarruk adalah tinggi. Bergantung pada pengendali takaful masing-masing. Malah ada syarikat yang memperuntukkan 100% sumbangan pada tahun pertama ke akaun tabarruk.
Sebab itulah tak sesuai membandingkan takaful dengan simpanan dan pelaburan di tempat lain.
Kalau dikira dari segi untung, adalah lebih untung buat pelaburan dan simpanan di tempat lain. Malah simpan ditabung haji adalah lebih menguntungkan. Lagi utung kalau laburkan ke unit amanah.
Jadi kalau dah tak untung, kenapa ambik juga takaful?
Matlamat UTAMA takaful adalah untuk perlindungan. Bukan pelaburan dan simpanan. Ya memang betul jika polisi kita sudah matang, kita akan dapat sejumlah wang yang diperolehi dalam akaun kita termasuklah dividen sekali. Tapi bukan itu matlamat utamanya.
Kalau nak kira untung, memang tak untung masuk takaful ni.
Tapi
Tapi disaat kita ditimpa musibah yang tak disangka. Takaful ada untuk meringankan beban kewangan kita. Kita meninggal dunia. Waris kita memang sedih. Takaful akan bayar kepda waris kita sejumlah wang pampasan. Bukanlah pampasan itu sebagai nilai nyawa kita. Duit tak boleh ganti nyawa. Sekurang-kurangnya beban kewangan waris kita dapat diringankan.
Tiba-tiba lumpuh tak boleh bergerak. Hilang punca pendapatan. Kalau tak ada takaful, tak dapat pampasan. Terbeban kita dan keluarga kita. Mana nak cari duit nak sara keluarga?
Sekali lagi, fokus kepada fungsi UTAMA takaful.
Nak untung-berganda-ganda, bukan melalui takaful.
Nak buat untung melalui takaful, jadi ejen takaful. Anda dapat komisyen hehe.
* saya sendiri sudah buat tuntutan melalui kad perubatan yang diambil. Siapa sangka anak sakit dan perlu rawatan hospital? Tak sampai setahun ambik, dah lebih RM 5 ribu tuntutan bil hospital, termasuk elaun wad dan bil rawatan sebelum masuk wad dan rawatan susulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan